Bersempena dengan Aidiladha tahun ini saya ingin mengucapkan Salam Aidiladha dar kami sekeluarga. Keluarga ku sudah lengkap berempat, mirip seperti keluarga aku sendiri. Tahun ini kami berempat (since Khalish telah dilahirkan, keluarga kami sudah berempat kali ni) menyambut Raya Aidiladha di Sendayan. Plan untuk beraya di Klang terpaksa cancel since keluarga mentua buat korban tahun ni. Dua ekor lembu yang sihat telah dirancang untuk di korbankan. Alhamulillah setelah selesai solat raya pagi tu kami sekeluarga pergi ke rumah tuan punya lembu untuk meyaksikan upacara sembelih lembu. Tuan lembu offer untuk melakukan upacara tersebut di rumah nya since rumah mentua tak sesuai untuk menurunkan lembu ke laman rumah sebab kawasan halaman rumah yang berbukit (masih aku teringat bagaimana rombongan keluargaku datang untuk merisik ke sendayan, habis sume terpaksa tanggalkan kasut tinggi masing-masing sebab laman rumah mentua yang berbukit tinggi).
Haa…ni la gambar lembu dua ekor yang aku cakap tu. Sekor yang warna hitam ni memang cukup garang. Masa aku nk snap gambar ni, lembu ni terus bangun dari bermalasan sambil berbaring terus pandang aku tanpa henti. Maybe sebab dia da dapat agak yang die bakal di jadkan korban, tu yang die stanby je tu.
Alhamdulillah hasil daripada gotong-royong sesama orang kampong, kedua2 ekor lembu ini selesai di lapah tak sampai dalam beberapa jam. Sempat juga la kami selesaikan sebelum solat jumaat. Alhamdulillah juga sebab kedua2 solat raya dapat kami sekeluarga sempurnakan.
Pada sebelah petang pula, bermula lah acara untuk ber’barbeque’. Siap je membeli barang keperluan untuk menyempurnakan barbeque kami, arang pun ditabur dan api di nyalakan. Menu barbeque kami ayam,daging,burger,hotdog dan juga yang paling special sotong.

Sotong ni memang bapak punya besar. Memang sekali tengok memang amat menyelerakan. Siap je proses memeram suma hidangan ni, kami pun mula la proses membakar. Dan lepas tu apa lagi, makan la.
Begitu lah rezeki kami di hari raya kali ini. Moga rezeki kami semakin murah untuk tahun2 akan datang. Moga kami bertemu semula hari raya dalam keadaan yang meriah sebegini. Insyallah…..